-->

Type something and hit enter

By On
Contoh Soalan Psikometrik Penolong Pegawai Tadbir N29. Memandangkan ramai calon yang akan ambil ujian psikometrik penolong pegawai tadbir kali ini. kami akan kongsikan beberapa tips sebagai sokongan kepada anda. Sebelum ini kami pernah kongsikan soalan exam online penolong pegawai tadbir. Harapnya perkongsian kami sebelum ini membantu anda.

Seperti kita sedia maklum, Ujian Psikometrik merupakan ujian 'perangkap' calon. Banyak perkara yang penemuduga/majikan akan dapat dari keputusan ujian psikometrik ini. Sebab itu, kami harap calon akan buat yang terbaik dan ikut panduan yang kami kongsikan dibawah ini.

Contoh Soalan Psikometrik Penolong Pegawai Tadbir N29


Bagi anda yang belum buat semakan, anda boleh buat semakan ujian psikometrik N29 di Sini. Kami bimbang nama anda tercicir.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik.

Kami kongsikan dengan anda contoh soalan ujian psikometrik untuk jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29. Cuba buat satu persatu dan nilai keupayaan anda.

Pastikan anda puas hati dengan keputusan yang anda buat.

1. Dalam sebuah acara atau aktiviti, anda biasanya berbual dengan :

A. Ramai orang termasuk orang yang belum dikenali.
B. Segelintir orang yang sudah dikenali sahaja.

2. Di antara perkara yang kurang diterima ialah

A. Hidup tanpa arah tuju
B. Hidup seperti biasa

3. Anda lebih menumpukan pada orang yang

A. Waras fikiran (sensible)
B. Imaginatif

4. Semasa membuat penilaian, anda biasanya terpengaruh oleh

A. Undang-undang berbanding kondisi
B. Kondisi berbanding dengan undang-undang

5. Anda lebih memberi perhatian kepada hal-ehwal yang

A. Memberi keyakinan
B. Memberi perasaan terharu

6. Anda lebih menggemari acara yang dimulakan dengan

A. Masa yang tepat
B. Secara santai

7. Dalam kelompok sosial anda, maklumat yang anda terima biasanya

A. Terima maklumat awal
B. Terima maklumat akhir

8. Fakta yang anda baca, terima dan dengar

A. Fakta yang benar
B. Fakta yang salah

9. Penulis sepatutnya menghasilkan artikel berdasarkan

A. Fakta dan isi yang benar
B. Analogi dan imaginasi rekaan

10. Anda lebih gemar jika dikelaskan sebagai individu yang

A. Sabar
B. Mesra


11. Anda membuat keputusan dengan

A. Moral
B. Logik

12. Apabila bergaul dengan orang ramai

A. Anda memberi salam dahulu
B. Menunggu orang memberi salam

Anda dah jawab semua soalan diatas. Macam mana agaknya ? boleh lulus tak ujian psikometrik nanti?

Kalau anda rasa dah yakin, tahniah.
tapi kalau belum, anda perlu buat sesuatu.

Sesuatu ?

Ya sesuatu, cari rujukan tambahan yang dapat bantu anda berjaya dengan cemerlang.

Anda dah selesai ujian online penolong pegawai tadbir .
Kini ada satu lagi ujian iaitu ujian psikometrik yang akan membantu anda merealisasikan impian masa depan anda.

Anda nak berhenti setakat ini sahaja atau anda nak pastikan anda berjaya?

Teruskan usaha dan kami yakin anda akan berjaya.

PANDUAN UJIAN PSIKOMTERIK.

Setiap kali ada ujian psikomterik, kami akan kongsikan dengan calon satu panduan ujian psikomterik yang mana akan membantu anda menjawab soalan ujian nanti dengan penuh yakin dan betul.

Tujuan kami hanya nak bagi anda yakin dengan diri sendiri, jika anda tak yakin, anda akan berhadapan masalah besar ketika menjawab ujian psikomterik ini.

Bagi yang memerlukan panduan tersebut,

anda boleh dapatkan di sini - Rujukan ujian psikometrik kerajaan .

Kami serahkan kepada anda untuk buat keputusan, jika perlukan panduan itu, dapatkan segera.
kalau rasa tak perlu, tak perlu dapatkan.

Dah ramai yang dapatkan rujukan ini sebenarnya. Sebab itu, kami yakin dengan rujukan psikomterik ini untuk dikongsikan dengan anda. TERBUKTI membantu calon-calon ujian ini.

Akhir sekali, kami hanya mampu bantu anda setakat ini sahaja. kalau boleh memang nak tolong anda jawab soalan satu persatu, tetapi apakan daya. Semoga perkongsian kami mengenai contoh soalan psikometrik Penolong pegawai tadbir n29 ini membantu anda.

Kami doakan anda berjaya untuk ke peringkat seterusnya.. Jangan pernah berhenti dari berusaha !

Click to comment