-->

Type something and hit enter

By On
Contoh Soalan Temuduga Penerbit Rancangan B41. Assalamualaikum, adakah anda dipanggil untuk sesi temuduga ' Penerbit Rancangan B41 '? Kalau Ya, Tahniah kami ucapkan kepada anda kerana berjaya sampai ke tahap ini. Sekarang ini, calon kena buat sedikit ulang kaji mengenai soalan-soalan yang bakal dihadapi ketika sesi temuduga nanti.

Semakan

Bagi anda yang belum buat semakan,
anda boleh buat semakan di sini - http://bit.ly/2PGIlfJ

10 Contoh Soalan Temuduga Penerbit Rancangan B41


Anda takut nak hadapi sesi temuduga nanti? Jangan risau, kami pun alami perkara yang sama ketika dipanggil ke sesi temuduga tempoh hari. tugas kita sekarang adalah cuba bersedia sebaik mungkin sama ada membaca nota ringkas jawatan atau jawab soalan temuduga yang kami akan kongsikan dibawah ini.

Dengan cara ini,
Kita akan dapat atasi rasa takut dan gemuruh tersebut.

Skop Tugas Penerbit Rancangan B41 

Seperti jawatan-jawatan lain, Penerbit rancangan b41 mempunyai skop tugas tersendiri, calon perlu faham dan hadamkan skop tugas ini. Mungkin akan jadi satu soalan ketika sesi temuduga nanti.

Bertanggungjawab dan mempunyai kemampuan berkomunikasi dengan jelas dan lancar, menerbit rancangan kategori berat dalam bentuk rencana, dokumentari, majalah dan hiburan. Berkebolehan menguasai Bahasa Malaysia dan berkemampuan membuat analisis perkembangan semasa tanah air dalam bidang ekonomi, politik, sosial dan juga antarabangsa.

Contoh Soalan.


Atas permintaan ramai calon yang bertanya mengenai contoh soalan temuduga penerbit rancangan B41, kami kongsikan dengan anda soalan-soalan yang BIASA dan RARE pernah di tanya kepada calon-calon temuduga.

1. Anda di minta untuk membaca dua petikan berita

2. Anda diberi pilihan sama ada untuk memilih jenis penyampaian yang diinginkan.

Selepas itu anda kena demonstrasikan penyampaian berdasarkan apa yang anda pilih.

3. Perkara apa yang menjadikan anda ketua yang hebat ?

4. Apa yang anda rasa boleh menaikkan semula nama RTM?

5. Kenapa anda rasa orang nak tengok CNN

6. Kenapa memilih jawatan ini.

7. Apa tugas Penerbit rancangan yang anda tahu.

8. Isu semasa kenegaraan

9. Pengalaman di tempat kerja sekarang.

10. Bagaimana anda akan handle situasi-situasi tertentu jika anda berhadapan dengannya. * ini soalan umum, anda boleh goreng sahaja tapi pasti ia masuk akal !

Panduan Temuduga Penerbit rancangan B41


Berdasarkan pemerhatian kami, untuk berjaya dalam temuduga penerbit rancangan b41 ini anda perlu fokus kepada 3 perkara.

1. Resume

Resume mesti lengkap, gambar mesti cantik dan mengikut saiz yang betul.
Gunakan format yang betul.

Ramai calon GAGAL sebab kesalahan resume yang mereka hantar.
ada maklumat yang tak cukup lah dan pelbagai masalah lain.

jadi, anda kena buat resume yang lengkap dan mudah dibaca oleh juri penemuduga itu nanti.

anda mahu template resume percuma ?
boleh dapatkan di sini - Resume percuma dan mudah .

2. Pakaian.

Berpakaian formal dan kemas.
elakkan dari berpakaian seperti pergi pasar malam atau shopping complex ya.

anda kena bagi keyakinan kepada juri temuduga,
kalau anda berpakaian selekeh,
pasti mereka boleh gagalkan anda terus tanpa perlu melihat kepada rekod anda.

3. Jawab soalan temuduga dengan baik, JANGAN TIPU !

kami dah kongsikan dengan anda contoh soalan penerbit rancangan b41 di atas. anda perlu bijak susun ayat untuk memudahkan anda menjawab soalan ketika sesi temuduga nanti.

Jawab dengan tenang dan berilmu.

JANGAN TIPU!

Juri penemuduga tahu anda tipu mereka atau tidak.
kalau tak tahu, cakap terus terang yang anda tak tahu.

mereka lebih senang jika anda bersifat demikian.

Jangan layan mitos ' aku goreng ja apa yang dia tanya tu '
kalau anda buat juga, kemungkinan anda dalam bahaya.

Panduan Temuduga Penerbit rancangan B41


Selain dari contoh soalan, anda juga perlu mengetahui beberapa soalan rare yang ditanya kepada calon. Disebabkan ada inisiatif orang tertentu yang ingin membantu calon, mereka telah mengumpul 250 soalan temuduga yang pernah ditanya kepada calon.

dari 250 ini berkemungkinan anda akan dapat soalan yang lebih kurang sama. Anda hanya perlu sesuaikan dengan tugas anda sebagai penerbit rancangan b41 sahaja. selepas itu, insyaallah jawatan itu menjadi milik anda.


Panduan ini bersifat umum dan sesuai untuk mana-mana jawatan yang anda pohon. Dan yang pasti anda boleh guna untuk temuduga penerbit rancangan itu nanti.

Panduan ini terhad sangat,
jadi anda perlu cepat dapatkannya.

Ramai calon yang nak kan panduan ini kerana ia dikeluarkan oleh Tim Infokerjaya.
Mereka inilah yang telah banyak membantu calon sebelum ini berjaya dalam sesi temuduga mereka.

15,000 calon telah dibantu setakat ini dan mereka berjaya dalam temuduga tersebut. Kini, kami mahu anda seperti mereka. berjaya dalam temuduga penerbit rancangan nanti.

Akhir sekali kami doakan anda berjaya dalam sesi temuduga tersebut. kami hanya mampu tolong anda setakat ini sahaja, selebihnya kami harap anda usaha dengan kuat dan lebih. Nanti dah selesai temuduga baru fikir nak rehat ke apa ya. kerana ini demi masa hadapan anda.

Semoga contoh soalan temuduga penerbit rancangan b41 ini membantu anda berjaya dalam temuduga itu nanti. teruskan usaha sehingga anda berjaya. Pasti anda akan membanggakan keluarga anda.

Click to comment