-->

Type something and hit enter

By On
Contoh Soalan Psikometrik Pegawai Khidmat Pelanggan N19. Adakah anda dipanggil untuk menjawab soalan sesi psikometrik pegawai khidmat pelanggan N19 nanti? Kalau ya, tahniah kami ucapkan kepada anda.

Bukan mudah nak 'meloloskan' diri keperingkat ini. anda sudah berjaya dan tahniah kami ucapkan.

Ujian Psikometrik merupakan salah satu ujian untuk menapis calon yang betul-betul layak bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut. Jadi anda kena lakukan sebaik mungkin dalam ujian kali ini.

Semakan kelayakan Mengambil Ujian Psikometrik Pegawai Khidmat Pelanggan N19


Pihak SPA telah mengeluarkan link semakan. Bagi anda yang belum buat semakan atau nak buat semakan kali kedua, boleh gunakan link di bawah ini ya.

Contoh Soalan Psikometrik Pegawai Khidmat Pelanggan N19


Layari laman web semakan di sini.



Tugas Pegawai Khidmat Pelanggan N19.


Salah satu persedian anda untuk mengambil ujian ini nanti adalah anda perlu mengetahui tugas-tugas bagi jawatan khidmat pelanggan ini. Apa yang kami kongsikan dibawah ini akan membantu anda memahami skop dan bidang tugas tersebut.

Bertanggungjawab dalam mengendalikan dengan cekap dan berkualiti semua panggilan telefon, melayani pelanggan/tetamu yang berurusan dengan jabatan secara tertib dan mesra, memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi, membantu pelanggan/tetamu yang berurusan dengan jabatan sehingga isu berbangkit selesai. 

Merekod dan memantau aduan perkhidmatan sehingga selesai dan memaklumkan kepada pelanggan/tetamu dari semasa ke semasa perkembangan di atas aduan pelanggan/tetamu.

Fahami elok-elok tugas tersebut. Ia sangat berguna kepada anda.

Contoh Soalan Psikometrik Pegawai Khidmat Pelanggan N19



1. Dalam sebuah acara atau aktiviti, anda biasanya berbual dengan :

A. Ramai orang termasuk orang yang belum dikenali.
B. Segelintir orang yang sudah dikenali sahaja.

2. Di antara perkara yang kurang diterima ialah

A. Hidup tanpa arah tuju
B. Hidup seperti biasa

3. Anda lebih menumpukan pada orang yang

A. Waras fikiran (sensible)
B. Imaginatif

4. Semasa membuat penilaian, anda biasanya terpengaruh oleh

A. Undang-undang berbanding kondisi
B. Kondisi berbanding dengan undang-undang

5. Anda lebih memberi perhatian kepada hal-ehwal yang

A. Memberi keyakinan
B. Memberi perasaan terharu

6. Anda lebih menggemari acara yang dimulakan dengan

A. Masa yang tepat
B. Secara santai

7. Dalam kelompok sosial anda, maklumat yang anda terima biasanya

A. Terima maklumat awal
B. Terima maklumat akhir

8. Fakta yang anda baca, terima dan dengar

A. Fakta yang benar
B. Fakta yang salah


9. Penulis sepatutnya menghasilkan artikel berdasarkan

A. Fakta dan isi yang benar
B. Analogi dan imaginasi rekaan

10. Anda lebih gemar jika dikelaskan sebagai individu yang

A. Sabar
B. Mesra


Tips Tambahan

Ujian Psikometrik ini sebenarnya nak nilai karakter anda. Jika anda salah menjawab soalan-soalan ini, maka anda akan terlepas jawatan tersebut.

Majikan nak tahu anda ini calon yang macam mana. karakter anda bagaimana. Adakah anda sesuai dengan jawatan ini berdasarkan keputusan ujian psikometrik yang anda jawab.

Kalau boleh, jadilah yang paling positif ketika menjawab soalan-soalan ini.

Panduan Ujian Psikometrik Pegawai Khidmat Pelanggan N19.


Disebabkan ramai calon yang akan ambil peperiksaan ini. Anda tidak boleh duduk diam. Anda kena mula study dan belajar selok belok ujian psikometrik ini.

Psikometrik Pegawai Khidmat Pelanggan N19


Kami kongsikan panduan dan rujukan psikometrik ini untuk kegunaan anda. Panduan ini meliputi contoh soalan, teknik menjawab dan Perangkap-perangkap yang anda perlu tahu dalam ujian psikometrik ini.

Dapatkan segera di sini >> Panduan Ujian Psikometrik.

Cepat dapatkan. calon-calon lain sudah mendahului anda. Jangan biarkan mereka study lebih daripada anda.

Akhir sekali, kami ucapkan semoga berjaya buat semua calon ujian psikometrik pegawai khidmat pelanggan ini. semoga perkongsian kami yang sedikit ini dapat membantu anda menjawab soalan-soalan yang diberikan nanti.


Click to comment